Umno, Bersatu dan Pas pasti “bergaduh” masa pengagihan kerusi

Umno, Bersatu dan Pas pasti “bergaduh” masa pengagihan kerusi

Gabungan Pas, Umno dan Bersatu sepertimana yang dicadangkan oleh Pas sepertimana yang dicanang-canangkan tidak akan mampu menggugat kekuatan gabungan kental dan utuh yang masih ada pada komponen PH.

Demikian dinyatakan oleh Pengarah Mobilisasi AMANAH Negeri Pulau Pinang, Rosli Hasan.

Jelas beliau gabungan rapuh yang bermotifkan kuasa dan bersandarkan habuan serta ganjaran yang ada pada Pas, Umno maupun Bersatu tidak mempunyai motif yang jelas untuk membela nasib rakyat.

“Gabungan Pas hanyalah bersandarkan keinginan kuasa tanpa memberi prioriti kepada kesukaran hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat khususnya dalam menghadapi kesukaran yang berterusan sejak sekian lama.

” Umno tidak mudah untuk bersekongkol dengan Pas sekiranya tidak membawa suatu kuasa yang boleh mereka raih keuntungan dan manfaatnya.

” Apalagi dengan Bersatu yang masih compang-camping dan koyak-rabak di sana sini dalam usaha mereka untuk mengekalkan kuasa minoriti melalui kerajaan ‘tebuk atap’ yang mereka kuasai kini,” ujar beliau.

Sehubungan itu katanya, PH tidak akan tergugat dengan apa jua gabungan dan penyatuan yang sedang dirangka oleh Pas dan gabungan rapuh mereka menjelang pilihan raya umum ke 15 yang akan datang.

BACA ARTIKEL PENUH

COMMENTS