Tugas Peguam Negara bawa kes ke mahkamah bukan pertahan Khairuddin!

Tugas Peguam Negara bawa kes ke mahkamah bukan pertahan Khairuddin!

‘No Furter Action’ (NFA) oleh Peguam Negara terhadap kes Menteri Perusahaan Perladangan & Komoditi Datuk Dr Khairuddin Aman Razali adalah satu tindakan yang memalukan, demikian menurut Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz berkata, sepatutnya tugas Peguam Negara membawa kes Ahli Parlimen Kuala Nerus itu ke mahkamah biar mahkamah yang menentukan sama ada menteri berkenaan benar atau tidak diserahkan borang 14b di bawah Seksyen 15 (1) Akta 342 bagi tujuan menjalani perintah kuarantin.

“Bukannya Peguam Negara yang menentukan menteri itu tidak diberikan borang. Mahkamah sepatutnya.

“Atau keadaan sebaliknya ada manipulasi, kong kali kong yang cuba mengelak daripada mematuhi aturan SOP oleh KKM,” katanya.

Ini kerana, beliau yang juga Naib Presidenn AMANAH bimbang tindakan Peguam Negara akan menyebabkan persepsi masyarakat mengatakan ini adalah pendakwaan terpilih atau undang-undang antara dua darjat.

“Kita boleh lihat bagaimana jika rakyat sendiri yang tidak ikut SOP atau tidak kuarantin wajib akan terus dihukum dan dipenjarakan. Lain pulak yang berlaku kepada Khairuddin ini.

“Saya berharap Peguam Negara menimbang semula dan bawa kes ini ke mahkamah sama ada betul atau tidak menteri terbabit tidak menyerahkan borang tersebut,” kata beliau.

Terdahulu, Khairuddin telah di lepaskan dan ‘No More Futher Action’ (NFA) oleh Jabatan Penguam Negara walaupun tidak menjalani kuarantin wajib selama 14 hari setelah pulang dari Turki dengan alasan tidak diberikan borang 14b.

Sebelum ini Tan Sri Muhyiddin Yassin ada mengeluarkan kenyataan bahawa ‘Tidak Ada Double Standard Dalam Isu Kuarantin’ dan beliau juga mengeluarkan kenyataan bahawa terpaksa menggunakan rotan kepada yang tidak patuh kepada SOP.

Berita Penuh : MalaysiaDateline

COMMENTS