Senarai lokasi terkini terjejas akibat Covid-19

Senarai lokasi terkini terjejas akibat Covid-19

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

PREMIS KERAJAAN

  • Hospital Melaka

Lapan pekerja kesihatan Hospital Melaka disahkan positif Covid-19, tetapi tidak ada wad yang ditutup.

Kakitangan yang dijangkiti dan kontak rapat mereka telah diasingkan.

Hospital ini adalah hospital rujukan Covid-19 dan merawat 30 pesakit Covid-19, sementara semua rawatan lain hanya dengan janji temu.

Mesej yang disebarkan di media sosial sebelum ini menyatakan bahawa 11 telah dijangkiti dan sebuah wad ditutup, tetapi dakwaan ini telah dinafikan.

KEDIAMAN

  • Kondominium PV2, Taman Melati, Kuala Lumpur

Seorang penduduk di Blok B didapati positif semalam, kata pihak pengurusan dalam pemberitahuan kepada penduduk.

Pembasmian kuman sedang dijalankan di kawasan umum.

  • Pangsapuri Lagoon Perdana, Bandar Sunway, Selangor

Sepasang adik beradik yang tinggal di Blok 2 didapati positif, kata pihak pengurusan dalam pemberitahuan kepada penduduk semalam.

Adik beradik itu masing-masing bekerja di kedai All IT Hypermarket di Sogo Shopping Center di Kuala Lumpur dan Digital Mall di Petaling Jaya.

Kedua-dua kes itu termasuk dalam senarai lokasi Sabtu lalu.

PREMIS PERNIAGAAN

  • CS Grocer, Hentian Kajang, Selangor

Pasar raya ini ditutup minggu lalu setelah kes dikesan di sana.

Ia dipercayai merupakan lokasi Kluster Hentian dikesan.

Sebanyak 49 kes telah dikesan melibatkan kluster ini setakat 12 tengah hari semalam

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/547426

COMMENTS