Polis terima arahan, tiada tindakan ke atas Khairuddin Takiri

Polis terima arahan, tiada tindakan ke atas Khairuddin Takiri

Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak mengambil tindakan lanjujt ke atas Menteri Perladangan Perusahaan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali berhubung keingkarannya mematuhi perintan kuarantin kendiri wajib Covid-19.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata selepas kertas siasatan dirujuk kepada AGC, polis menerima arahan agar tiada tindakan lajut diambil.

“Kertas siasatan telah rujuk ke pejabat peguam negara dan arahan untuk kes ini (ialah) no further action…NFA, atas alasan menteri tak diserahkan dengan borang 14b di bawah seksyen 15 (1) akta 342 bagi tujuan menjalani perintah kuarantin.

“Berdasarkan keterangan tersebut, maka AGC memutuskan untuk tidak mengemukakan sebarang pertuduhan memandangkan tiada keterangan kukuh bagi mengasaskan pertuduhan,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Pada 7 Okt lalu, Malaysiakini melaporkan pihak polis sudah menyerahkan semula kertas siasatan membabitkan Khairuddin ke AGC.

Untuk rekod Khairuddin pernah dikenakan denda maksimum RM1,000 kerana mengingkari peraturan kuarantin kendiri selepas pulang dari Turki.

Dia kemudian tampil memohon maaf dan berikrar untuk menyumbang gajinya bermula Mac kepada tabung Covid-19.

Kegagalan kerajaan mengambil tindakan terhadap Khairuddin telah menimbulkan kecaman warganet yang rata-ratanya tidak berpuas hati.

Malah, bekas perdana menteri Najib Razak turut mencadangkan agar Khairuddin diheret ke mahkamah bagi mengelak daripada terus menjadi sasaran pembangkang.

Huzir berkata, AGC berpendapat tiada keterangan kukuh bagi pendakwaan terhadap menteri berkenaan.

Ditanya mengenai siasatan yang dijalankan terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Huzir berkata ia masih dalam tindakan.

“Masih dalam siasatan dan (akan) serah (hasil siasatan) kepada pihak pendakwaan,” katanya.

Pada 17 Okt lalu, polis mengesahkan sedang menyiasat Anwar berhubung enam kes termasuk penyebaran senarai nama anggota parlimen yang didakwa menyokongnya dan kes liwat.

Berita Penuh : MALAYSIAKINI

COMMENTS