Petronas gerakkan usaha SAR kru Dayang Topaz

Petronas gerakkan usaha SAR kru Dayang Topaz

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) telah menggerakkan usaha mencari dan menyelamat (SAR) kru-kru kapal kontraknya, Dayang Topaz yang mengalami kecemasan di platform Baram, Miri pagi ini.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata, pihaknya telah mengaktifkan Pasukan Tindakan Kecemasan dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengawal situasi.

“Keutamaan kami ialah keselamatan kru dan persekitaran.

“Kami akan menyediakan maklumat-maklumat tambahan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Datuk Mohd. Zubil Mat Som berkata, jumlah mangsa adalah seramai 187  orang berusia antara 21 hingga 63 tahun dengan dua daripada mereka warga Indonesia.

 

– K! ONLINE

COMMENTS