Pelajar miskin KL terkesan Covid-19, ambil keputusan berhenti sekolah

Pelajar miskin KL terkesan Covid-19, ambil keputusan berhenti sekolah

Penurunan jumlah murid golongan misikin sekitar Lembah Klang yang kembali ke sekolah susulan pandemik Covid-19 kini di tahap membimbangkan, menurut kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Hasil penilaian sama juga mendapati, ibu bapa bimbang anak-anak hilang minat terhadap sekolah selepas kerajaan membenarkan semula institusi pendidikan dibuka.

Kaji selidik dijalankan Tabung Populasi PBB (UNFPA) dan Tabung Kanak-Kanak PBB (Unicef), fokus untuk menilai tahap sosio ekonomi isi rumah penduduk pangsapuri kos rendah sekitar Lembah Klang pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antara Mei dan September.

Dua agensi itu berkata, pendidikan dan kesihatan mental antara cabaran baru yang dihadapi golongan itu sepanjang pandemik, dan kini dilihat menjadi krisis kemanusiaan dan ekonomi.

“Cabaran baru wujud terutamanya pendidikan dan kesihatan mental,” kata UNPF dan Unicef dalam laporan.

“Tujuh peratus kanak-kanak berumur menengah atas (sembilan peratus lelaki) dalam keluarga ini dilapor tidak kembali ke sekolah.”

Satu daripada lima responden mengatakan anak-anak mereka sama ada hilang semangat dan hilang minat untuk meneruskan persekolahan. Ia didapati paling tinggi dalam keluarga yang diketuai wanita, dengan kadar satu per empat.

Selain itu, wang ringgit didapati sebagai penyumbang faktor terbesar, kebanyakan keluarga dilapor berdepan kesukaran wang untuk ke sekolah, terutamanya golongan ibu tunggal.

Satu daripada dua responden berkata mereka berdepan kesukaran membayar yuran tuisyen, sementara 50 peratus mendapati sukar menyediakan wang poket dan hampir satu daripada lima responden mengatakan sukar untuk membayar wang pengangkutan.

Kajian juga mendapati hampir satu per tiga ibu bapa berdepan kesukaran membeli pelitup muka untuk anak-anak, pada harga RM1.50 sehelai ketika kajian ini dibuat.

Sekolah ditutup antara Mac dan Mei sebagai langkah kerajaan mengekang wabak Covid-19.

Susulan itu ibu bapa digalakkan pembelajaran dalam talian sepanjang hampir empat bulan tempoh PKP.

COMMENTS