Pas “sedang” curang dan terus akan curang!

Pas “sedang” curang dan terus akan curang!

Lokman menyifatkan Pas sebagai curang apabila bekerjasama dengan Bersatu ketika sudah bekerjasama dan menandatangani kesepakatan dengan Umno dalam Muafakat Nasional.

“Ketika kita dah kerjasama dengan Pas, dia curang. Sekerat jalan, Pas kahwin dengan PPBM senyap-senyap tak bagi tahu kita.

“Annuar Musa mungkin tahu. Dia bersama Hamzah Zainudin, Takiyudin dan wakil GPS bincang nak bentuk parti Perikatan Nasional, bukan gabungan tetapi  parti politik baru.

“Bagaimana mungkin, kita dah kerjasama dengan pas, tiba-tiba separuh jalan, dia dah bersama dengan Bersatu. Kita pulak pula kena fikir, kalau tak bersama dengan Bersatu kita akan kehilangan Pas,” kata beliau menjawab Annuar Musa.

Bagi beliau, ketika Umno paling lemah pada pilihan raya 2018, ketika rakyat tak sanggup undi Umno, dan tak sanggup undi PH, mereka telah undi Pas.

“Itu sebab Pas dapat 18 kerusi. Kalau Pas bersama PPBM, dan Umno dengan Barisan Nasional, belum tentu Pas boleh menang 18 kerusi ini.

“Ini saya nak beritahu, Pas kena terima hakikat ini. Kalau tak boleh terima hakikat ini, cubalah buktikan dalam PRU 15 nanti,” cabar Lokman.

Beliau mengaku, Pas akan boleh bertanding lebih banyak kerusi jika bersama Bersatu kerana parti pimpinan Muhyiddin itu perlukan jentera yang dimiliki oleh Pas kerana parti itu tidak ada jentera.

“Sebab PPBM pun tak banyak tokoh yang nak di ketengahkan dan PPBM hanya ada pimpinan dan tak ada jentera.

“Jadi bagi membolehkan PPBM untuk bertanding dan ada jentera, dia kena perkudakan Pas. Mungkin Pas bersama PPBM, dia boleh tanding lebih banyak kerusi. Betul.

“Tetapi adakah Pas boleh dapat lebih banyak kerusi berbanding dengan kerusi yang dia menang menang ketika Umno difitnah pada 2018….yang ini kena fikir,” katanya.

Berita Penuh: MalaysiaDateline

COMMENTS