PANAS! : Senarai empat kumpulan “utama” yang halang Anwar jadi PM

PANAS! : Senarai empat kumpulan “utama” yang halang Anwar jadi PM

Sebenarnya halangan utama Anwar menjadi perdana menteri bukannya datang dari kumpulan politik, tetapi suatu kumpulan yang terdiri daripada beberapa kategori.

  1. Pertama, kumpulan pesara eksklusif teknorat Melayu.
  2. Kedua, kumpulan Melayu-Islam radikal yang menolak Islam moderate-liberal Anwar.
  3. Ketiga kumpulan fundementalis Dr Mahathir Mohamad dan
  4. Kumpulan lokal yang menolak Anwar kerana dikatakan bersekongkol dengan DAP.

Keempat-empat kumpulan ini turut dibincangkan oleh kumpulan pemikir RAND Corporation di Amerika Syarikat.

Rakyat Malaysia ramai yang beralih arah daripada menyokong Anwar kerana mereka dimomokkan perubahan drastik Anwar yang dulunya Islam fundementalis telah berubah kepada reformis liberal atau di barat digelar moderate Muslim.

John Esperito dalam bukunya Anwar Ibrahim: Evolution of a Muslim Democrat menjelaskan perubahan ini berlaku selari dengan perubahan arus politik di Malaysia.

Kawan-kawan lama saya yang sangat kritis kepada Anwar bertanya, adakah Anwar mampu melakukannya? Jawapan saya, Anwar belum menjadi perdana menteri!


Dr Al-Azharri Siddiq Kamunri adalah pakar dalam bidang politik dan kerajaan, dan mempunyai minat yang mendalam kepada proses pembinaan negara bangsa Malaysia, patriotisme dan keselamatan negara.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Berita Penuh : MALAYSIAKINI

COMMENTS