‘Mission accomplished’ sindir Zarkashi mengenai pindahan hakim kes najib

‘Mission accomplished’ sindir Zarkashi mengenai pindahan hakim kes najib

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mendakwa keputusan memindahkan semula hakim Mohd Nazlan Mohd
Ghazali ke Mahkamah Tinggi Komersial bagi menjayakan misi ‘Najib bersalah’.

Puad dalam hantaran di Facebooknya hari ini berkata, apakah keputusan memindahkan semula Nazlan ke Mahkamah Tinggi Komersil bermotif politik kerana dia berjaya menunaikan misi “Najib bersalah”?

“Kalau dakwaan ini benar, mesti ada arahan. Maka siapakah yang membuat arahan?

“Apa pun job done. Mission accomplished,” tulis beliau.

Mulai 1 Mac 2021, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali akan dipindahkan balik daripada Mahkamah Tinggi Jenayah kepada Mahkamah Komersil.

Beliau adalah Hakim yang membicarakan kes rasuah SRC Datuk Seri Najib Tun Razak dan menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Najib.

Puad berkata, pelantikan Nazlan menimbulkan kontroversi kerana dia baru dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk mengendalikan kes “komersial” bermula 30 Januari 2017.

“Kes rasuah SRC adalah kes “jenayah”. Patut Hakim berpengalaman kendali kes jenayah berprofil tinggi. Nazlan baru 1 1/2 tahun dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi.

“Dia tiada pengalaman menghakimi kes “jenayah” sebelumnya.

“Kes itu sepatutnya didengar oleh Hakim Mohd Sofian Abd Razak pada 4 Julai 2018.

“Tetapi Sofian diganti serta merta oleh Hakim Mohd Nazlan setelah Richard Malanjun dilantik Ketua Hakim Negara pada “11 Julai 2018”.

“Itu bermakna pertukaran berlaku seminggu selepas Richard Malanjun dilantik,”kata beliau.

Dalam surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Majlis Peguam kepada semua anggotanya semalam, Ketua Hakim Malaya Azahar Mohamed mengarahkan pemindahan Nazlan dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Jenayah 3) ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (NCvC 2), berkuat kuasa 1 Mac.

Sumber Artikel

COMMENTS