Giliran MCA bantah tindakan tidak ‘logik’ Sanusi batal cuti Thaipusam

Giliran MCA bantah tindakan tidak ‘logik’ Sanusi batal cuti Thaipusam

Selepas MIC dan DAP mengecam tindakan Menteri Besar Kedah, Muhamad Sanusi Md Nor membatalkan cuti Thaipusam di
negeri kedah, satu lagi rakan kongsi Barisan Nasional (BN) iaitu MCA pula marah.

Bagi MCA, tindakan Sanusi itu tidak bertanggungjawab dan tidak masuk akal serta melanggar hak-hak golongan minoriti.

Sanusi tidak mahu mohon maaf, lepas gelar ‘mabuk todi’? – Lim Kit Siang

“Jika hujjah bahawa hari cuti perlu dibatalkan kerana PKP, jadi kenapa tidak batalkan semua semua hari cuti termasuk Hari
Kemerdekaan yang juga terkesan kerana PKP,” kata jurucakap MCA, Mike Chong Yew Chuan.

Bagi beliau, jika masyarakat negara ini membenarkan tindakan Sanusi membatalkan cuti untuk kaum India kali ini tanpa sebarang alasan yang kukuh, apa yang akan menghalang beliau menghentikan sebarang cuti kaum dan agama lain pada masa depan.

Sumber Artikel

COMMENTS