GADUH l Isham Jalil bidas sentimen Annuar cuba ‘memecahbelah’ Umno

GADUH l Isham Jalil bidas sentimen Annuar cuba ‘memecahbelah’ Umno

Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil menyarankan supaya Annuar Musa lebih menumpukan perhatian dalam usaha membantu
kerajaan dalam menurunkan penularan wabak Covid-19 berbanding sibuk berpolitik.

Isham yang juga bekas pegawai khas kepada Najib Razak merujuk kepada dakwaan bekas setiausaha agung BN yang disingkirkan
itu berkenaan terdapat pemimpin Umno yang ingin “mensendirian berhadkan” parti.

“Sebagai seorang sahabat, saya sarankan supaya sebagai menteri kabinet, Tan Sri Annuar Musa lebih fokus untuk membantu kerajaan
mencari jalan menurunkan penularan wabak Covid-19 yang kini sedang mencanak naik akibat keputusan-keputusan salah yang dibuat oleh
kerajaan sebelum ini.

“Dan bukannya sibuk berpolitik menyerang rakan-rakan sendiri dalam parti umpama cuba untuk memecahbelahkan Umno dan memberi kelebihan kepada parti lain iaitu Bersatu pula,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Pagi tadi Tan Sri Annuar Musa membuat kenyataan bahawa ada beberapa pemimpin UMNO yang kononnya ingin “mensendirian…

Posted by Isham Jalil on Selasa, 19 Januari 2021

Annuar sebelum ini berkata pihak tertentu dalam parti tidak perlu menakut-nakutkan ahli parti dengan menyuruh mereka melindungi Umno daripada daripada “dibersatukan” dan “dipaskan”.

Isham berkata rata-rata akar umbi Umno menolak kerjasama dengan Bersatu, ketika mesyuarat perwakilan di peringkat cawangan dan bahagian baru-baru ini.

“Dalam penulisan beliau tersebut, nampak jelas bahawa Annuar Musa begitu terasa terhadap sentimen akar umbi dan juga pendirian ramai pemimpin parti dari peringkat cawangan sehinggalah ke majlis tertinggi yang tidak bersetuju dengan beliau dan sudah boleh baca akan niat beliau dan melihat beliau sedang gigih cuba untuk menjual Umno kepada Bersatu,” katanya.

Tak usahlah guna tektik menakut-nakutkan ahli kononnya kita perlu watak lindungi umno dari di “ppbmkan”,di “paskan”..dlm…

Posted by Tan Sri Annuar Musa on Selasa, 19 Januari 2021

Sumber Artikel

COMMENTS