Dari “Laichikang Sunnah” ke “Darurat Sunnah” – Ridzwan Abu Bakar

Dari “Laichikang Sunnah” ke “Darurat Sunnah” – Ridzwan Abu Bakar

1. Istilah yang ada kaitan dengan arab dan agama amat mudah disalahguna dan disalahertikan.

2. Penyalahgunaan istilah agama berlaku sejak berkurun lamanya.

3. Demi untuk mengambarkan ‘kesalehan’ seorang pemerintah, maka direkayarsa gelar yang muluk² dan panjang² dengan menggunakan istilah agama.

4. Tidak terhenti setakat itu, dunia perniagaan juga menunggang istilah ‘sunnah’ untuk melariskan perniagaan mereka, saat orang ghairah melaksanakan sunnah, ada peniaga yang menjual nama ‘sunnah’ dan menjenamakan produk mereka sebagai produk sunnah, termasuklah ‘laichikang sunnah’.

5. Kebelakangan ini, demi untuk menegakkan benang basah, ada pula yang mendakwa bahawa ‘darurat’ yang diisytiharkan menepati sunnah.

6. Methodologi pendalilan antara peniaga LAICHIKANG dan peniaga politik sama sahaja, cari mana² sudut yang boleh disamakan, lalu dijenamakan dengan nama SUNNAH. Kalau laicikang, kerana dimasukkan ‘kurma’ dan ‘kismis’ serta ada riwayat yang menyatakan nabi suka makan yang manis dan sejuk, oooooo itulah laichikang sunnah.

7. Demikianlah juga halnya dengan darurat, ada dalil yang menyatakan apabila ‘taun melanda sesuatu tempat, maka janganlah kamu masuk atau keluar dari tempat itu’, itu kan darurat…. Maka darurat yang diisytiharkan adalah menepati sunnah !

8. Sedangkan keduanya hanya menempek pada ‘satu’ sudut yang tidak boleh disamakan.

9. Nabi suka yang manis dan sejuk, tetapi ia bukan laichikang. Demikian Nabi larang ‘masuk’ dan ‘keluar’ dari kawasan wabak, sudah memadai dengan sekatan pergerakan, bukan dengan menghalang MESYUARAT tertinggi dalam sistem sesebuah kerajaan.

10. Cukuplah .

11.30 pagi
Malaysia Darul Darurat.

DARI LAICHIKANG ‘SUNNAH’ KE DARURAT ‘SUNNAH’.

1. Istilah yang ada kaitan dengan arab dan agama amat mudah disalahguna…

Posted by Ridzwan Abu Bakar on Thursday, 14 January 2021

COMMENTS