7 negeri dilanjutkan PKP hingga 4 Februari- Ismail Sabri

7 negeri dilanjutkan PKP hingga 4 Februari- Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh negeri yang sebelum ini dijadual tamat pada Selasa depan dilanjutkan hingga 4 Feb ini.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, negeri-negeri berkenaan ialah Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Kelantan serta Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).

“Atas penilaian risiko dan nasihat KKM (Kementerian Kesihatan), sidang khas bersetuju untuk melanjutkan lagi PKP di Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Johor, Kelantan dan Sabah sehingga 4 Februari 2021 iaitu diseragamkan dengan tarikh tamat PKP di negeri-negeri yang lain,” katanya dalam sidang media yang berlangsung di Putrajaya pada petang Khamis.

Beliau berkata keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko dan nasihat KKM selepas kesemua negeri berkenaan masih menunjukkan trend peningkatan kes positif harian COVID-19.

Susulan pelanjutan tempoh berkenaan, tarikh tamat kesemua negeri yang dikenakan PKP kini adalah sama, kata Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan pada sidang media mengenai perkembangan PKP di sini, hari ini.

Sumber: Astro Awani

COMMENTS