600 Pensyarah sambilan Uitm diberhentikan, bukti negara makin kronik

600 Pensyarah sambilan Uitm diberhentikan, bukti negara makin kronik

Pemberhentian 600 pensyarah sambilan UiTM ekoran pemotongan dana oleh kerajaan Pusat membuktikan kerajaan sedang melahirkan pengangguran baru dari kalangan pensyarah.

Malah tindakan ini mengakibatkan percambahan statistik pengangguran ekoran kegagalan kerajaan untuk memastikan tiada lagi pemberhentian atau pembuangan pekerja dalam mana-mana sektor setelah penukaran pandemik Covid-19 sejak sekian lama.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan, Asmirul Anuar Aris cadangan pemotongan hampir 7 peratus dari tahun ke tahun (YoY) dana untuk UiTM dari RM1. 86 billion dalam Belanjawan 2020 menguncup menjadi RM1. 73 bilion tahun 2021 yang akan datang iaitu pengurangan sebanyak RM129 juta merupakan suatu pemotongan yang amat besar.

“Budget yang dirancangkan akan memansuhkan sesetengah program secara tidak langsung akan memberi tamparan hebat gara-gara pengurangan anggaran yang dicadangkan kerajaan bagi pihak universiti.

“Persoalannya kemana hala tuju pensyarah sambilan tersebut hendak mengadu setelah dibuang kerja dan bagaimana nasib mereka serta tanggungan dalam situasi ekonomi yang tidak menentu tatkala ini.

“Perancangan strategik UiTM 2025 terpaksa disemak kembali termasuklah Blueprint mereka dan tindakan ini mengakibatkan pihak universiti terpaksa berjimat atau mengikat perut serta mengkaji semula projek yang melibatkan pengembangan infrastruktur fizikal dan kemudahan, “tegas beliau.

Ujar Asmirul lagi, kerajaan harus sedar dengan pemangkasan program seperti direncanakan akan memberi tamparan hebat kepada pengeluaran anak Melayu kerana UiTM merupakan institusi pendidikan terbesar di Malaysia kerana menghasilkan sekitar 45,000 lulusan saban tahun.

Tambah beliau, kesannya adalah amat berat kepada 100,000 pelajar di kesemua 35 buah kampus seluruh negara dan seharusnya menjadi perhitungan kerajaan secara serius.

Ia juga berkata, perancangan dan Belanjawan tersebut harus dikaji semula serta percambahan yang harus berlaku dan bukannya pengurangan bagi mengekalkan kecemerlangan UiTM untuk kesinambungan negara.

Berita Penuh: MalaysiaDateline

COMMENTS